
Ingin berkongsi kisah
luar biasa
?
luar biasa
?
Sertai komuniti pencipta kami, dan temui
tempat tersembunyi dengan kisah yang luar biasa.
tempat tersembunyi dengan kisah yang luar biasa.
Kami mencari...

Seorang pencerita
Suka bercerita dengan cara yang menarik melalui kandungan pendek

Peminat fotografi
Berpengalaman dalam fotografi/videografi, mempunyai peralatan sendiri dan kemahiran suntingan yang baik

Personaliti yang terbuka
Selesa di depan dan di belakang kamera. Bonus jika anda gemar membuat Reels TikTok
Soalan Lazim
Apa yang akan saya lakukan sebagai Kreator Seek Sophie?
Selain berseronok, keutamaan utama anda ialah menghasilkan kandungan mengikut deliverables yang diperlukan (di bawah).
Apa yang ditanggung semasa perjalanan?
Pengalaman itu sendiri akan diberikan secara percuma, tetapi penerbangan, penginapan, makanan, serta pengangkutan ke dan dari lokasi tidak akan ditanggung (melainkan sudah termasuk dalam pengalaman tersebut). Bergantung pada ketersediaan, anda mungkin boleh membawa seorang atau dua orang rakan secara percuma.
Adakah Kreator perlu berada di Singapura?
Tidak! Anda boleh berasal dari mana-mana sahaja di dunia. Namun, kebanyakan aktiviti kami berlangsung di Asia Tenggara, jadi ia satu kelebihan besar jika anda berpangkalan di sini.
Bagaimana anda memilih Kreator?
Kreator yang gayanya paling serasi dengan kami akan diberi keutamaan. Kami juga akan mengutamakan kreator yang sehaluan dan berkongsi nilai yang sama seperti Seek Sophie: kreator yang sanggup menyokong perniagaan tempatan melalui penghasilan kandungan.
Bolehkah saya memilih perjalanan yang ingin saya sertai?
Kami akan memaklumkan dari semasa ke semasa tentang perjalanan yang tersedia untuk anda sertai. Anda juga boleh beritahu kami perjalanan yang anda minati, dan kami akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.
Berapa banyak perjalanan yang boleh saya sertai?
Tiada jumlah minimum atau maksimum perjalanan yang boleh anda sertai. Memandangkan perjalanan kami bersifat ad hoc, kami hanya akan menawarkan perjalanan kepada anda jika pilihan yang tersedia sesuai dengan destinasi perjalanan anda. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadikannya kenyataan, tetapi sila ambil maklum bahawa pendaftaran ini tidak menjamin anda akan menyertai sesuatu perjalanan.
Apakah deliverables yang diperlukan
Deliverables mungkin berbeza bergantung pada nilai pengalaman.
Keperluan minimum untuk foto ialah 20 imej bagi setiap pengalaman.
Keperluan minimum untuk video ialah 20 klip video berasingan dan 1 video berdurasi 30 saat bagi setiap pengalaman.
Jika kami dapat menampung lebih ramai peserta atau jika ia pengalaman bernilai tinggi, anda mungkin perlu menyediakan lebih banyak kandungan dan mungkin juga diminta untuk memuat naik kandungan di akaun Instagram anda.
Di manakah kandungan saya akan digunakan?
Kandungan anda akan digunakan di laman web Seek Sophie, akaun Instagram dan TikTok kami, serta dalam iklan media sosial untuk membantu rakan perniagaan tempatan kami mempromosikan perjalanan mereka. Memandangkan anda menghasilkan kandungan untuk membantu perniagaan tempatan, mereka juga boleh menggunakan kandungan anda untuk tujuan mereka sendiri (media sosial, laman web, iklan dan sebagainya).
Adakah akan ada elaun?
Tiada elaun akan diberikan.
Adakah terdapat had umur?
Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Adakah saya perlu menggunakan peralatan sendiri, seperti komputer riba, kamera dan sebagainya?
Ya, secara asasnya anda perlu menggunakan peralatan sendiri.
Dengar sendiri daripada Kreator kami













