1 / 19



















Glamping Tepi Sungai *Dengan Sarapan & Kemudahan Memasak
4.9
|44 ulasan
Saiz kumpulan
Sehingga 8 tetamu

TEMPOH
Fleksibel

Jenis tempahan
Trip peribadi

TEMU JANJI
Di lokasi

Saiz kumpulan
Sehingga 8 tetamu
- Highlight Pengalaman
- Termasuk
- Maklumat Lanjut
- Hos
- Ulasan
Ciptakan kenangan indah dengan pengalaman glamping tepi sungai ini. Nikmati ketenangan dengan gaya sendiri di tapak glamping yang damai – jalan-jalan di kebun buah seluas 2.1 ekar, atau hanya duduk santai di bawah cahaya lampu lembut dalam khemah bell yang cantik.
Pilih khemah 4 meter yang selesa (4 dewasa + 1 kanak-kanak), khemah 5 meter yang lebih luas (6 dewasa + 1 kanak-kanak), atau naik taraf ke vila studio untuk keselesaan maksimum! Direka sebagai tempat rehat keluarga,
Dusun Bonda menyediakan banyak kemudahan mesra kanak-kanak – nikmati pemandangan sungai dari buaian sungai buatan tangan, rasai air terjun mini di kolam air semula jadi dan terokai taman permainan kecil yang ada dinding panjat. Untuk orang dewasa, legakan otot yang lenguh di kolam air panas semula jadi hanya 15 minit dari sini, atau jika ingin mencuba sesuatu yang mencabar, pakai kasut trekking dan sertai penerokaan hutan berpandu ke air terjun.
Sila pastikan anda menanda bilangan orang yang betul, kerana kemasukan mungkin tidak dibenarkan jika tidak.
Apa yang Termasuk
Sarapan pagi
Kemudahan memasak (pemanggang roti, periuk nasi, peti sejuk, minyak masak, gula, garam, peralatan makan, pinggan dan cawan, cecair pencuci pinggan, dapur gas, kuali memasak, pisau & papan pemotong serta penapis air Coway (panas/sejuk/biasa).
Tunjuk Butiran
Maklumat Tambahan
Tempat pertemuan
Titik permulaan
Temu janji di Dusun Bonda(Dusun Bonda, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor, Malaysia)
- 02:00pm
Titik tamat
- Tamat di Titik Permulaan
Mula & Tamat
- Masa daftar masuk:Selepas 02:00 PM
- Masa keluar:Sebelum 12:00 PM
Keserasian / Aksesibiliti
- Mesra Kanak-Kanak (Tiada Umur Minimum)
Polisi Pembatalan & Lain-lain
- PembatalanUntuk pastikan tempat anda, hos kami akan tolak tempahan orang lain. Jadi, pembatalan tidak dibenarkan.
Apa yang Perlu Dibawa
- Kamera (kalau boleh kalis air)
- Kasut sukan/ kasut berjalan yang selesa dan cengkaman baik
- Pelindung matahari
- Penghalau nyamuk
- Seluar pendek/ seluar panjang (sebaiknya jenis nilon atau cepat kering)
- T-shirt
- Tuala
- Ubat-ubatan peribadi
Alamak, pengembaraan ni tak tersedia sekarang. Jom cari pengalaman best yang lain!
Kenali hos anda
Azura memulakan Dusun Bonda dengan impian yang ringkas – mencipta kenangan indah untuk anak perempuannya. Dengan menggabungkan unsur pengembaraan, keindahan, dan ketenangan, Azura membina tempat ini sebagai sebuah kawasan perlindungan dan membukanya kepada keluarga lain, agar mereka juga dapat meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang dikelilingi suasana tropika yang menghijau, mencuba aktiviti yang menyeronokkan, dan mencipta kenangan bermakna bersama-sama.
Bahasa digunakan: Fasih berbahasa Inggeris, Bahasa
Kadar penerimaan: 100%
Hos Berpenarafan Tinggi

Pastikan bayaran anda selamat dengan hanya guna laman Seek Sophie untuk semua transaksi dan komunikasi.
Sedang dimuatkan...
Sedang dimuatkan...
Kami dah buat
kerja rumah
kerja rumah
























