Kenali hos anda
Surf Bali Adventure
I Made Sukaryasa, yang juga mesra dikenali sebagai “Koyo”, menetap di Seseh, sebuah kampung tradisional kecil di pantai barat Bali, di antara Kuta dan Tanah Lot. Sejak pertama kali mengenali sukan luncur air pada usia 9 tahun, dia terus jatuh cinta dan meluncur hampir setiap hari. Sepuluh tahun kemudian, pengalaman dan minatnya yang mendalam membawanya memenangi pelbagai pertandingan luncur air. Semangat Koyo yang begitu mudah menular terserlah dalam setiap kelasnya, dan diharap dapat memberi inspirasi kepada para pelajarnya untuk mencintai luncur air sepertinya!




