Kenali hos anda
Tioman Dive Resort
Tioman Dive Resort atau TDR dibina pada tahun 2012 dan diperluas pada tahun 2014. Pemiliknya berhasrat untuk menyediakan bilik yang bersih, luas, dan berreka bentuk moden buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa, lengkap dengan perkhidmatan pembersihan bilik setiap hari serta segala kemudahan yang diperlukan untuk penginapan yang selesa. Kakitangan di sini juga prihatin terhadap alam sekitar, lalu menyediakan dispenser air dan botol air guna semula. Setiap bilik diperbaharui pada penghujung setiap musim bagi memastikan keselesaan maksimum untuk para tetamu.




