Beg anda
Beg anda berbisik: "Isilah saya!"
Jumlah Tempahan
$0 USD
Checkout
Kenapa pergi

Gunung Kinabalu ialah tapak warisan dunia UNESCO, gunung tertinggi di Borneo dan Malaysia, dan jujurnya salah satu pendakian paling cantik di Asia. Disebabkan ketinggiannya, anda akan dapat lihat pelbagai pemandangan sepanjang pendakian, dari hutan bonsai ke kawasan seakan permukaan bulan. Walaupun anda bukan pendaki, Taman Kinabalu tetap berbaloi untuk dikunjungi kerana keindahan flora dan faunanya.

Apa nak buat atau tengok kat sini

Kinabalu ada sesuatu untuk semua pengembara: pendakian ke puncak 2H1M (paling mudah), pendakian ke puncak 2H1M + via ferrata (sederhana atau sukar), atau lawatan sehari ke Taman Kinabalu jika anda tak mahu mendaki.

Masa Terbaik Untuk Pergi

Mac hingga September biasanya musim kering dan waktu terbaik untuk mendaki Gunung Kinabalu (tapi hujan masih boleh turun!). Tempah 2-3 bulan lebih awal untuk musim ini. 

Siapa sesuai?

Gunung Kinabalu sesuai untuk pendaki baru yang mempunyai tahap kecergasan yang baik. Pendaki pertengahan atau berpengalaman: cuba laluan via ferrata untuk cabaran tambahan!

Tip Terbaik

Kinabalu hadkan jumlah pendaki setiap hari – tempah pendakian anda SEBELUM beli tiket penerbangan! Slot via ferrata lebih senang dapat. Bersedia untuk mendaki – macam naik 600 tingkat tangga! Dron tidak dibenarkan.

Sedang dimuatkan...
Jadi.. siapa Sophie ni?
Ramai yang tanya soalan tu! Sebenarnya, tiada siapa dalam pasukan kami bernama Sophie. Sophie bermaksud kebijaksanaan dalam bahasa Greek. Kami pilih nama Seek Sophie sebab kami nak perjalanan ini bantu korang kenali diri & dunia dengan lebih mendalam—perjalanan yang buat hati rasa penuh & lebih terhubung.
Jom berkawan!
Dapatkan info tempat rahsia & lokasi best terus ke inbox korang.
English
USD
English
USD
© Seek Sophie 2025PrivasiTerma
Lesen Ejen Pelancongan TA03435